KUALA PILAH: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya s...
: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun antara Mac tahun ini hingga 12 Sept lepas.
Hakim Norma Ismail turut memerintahkan bapa kandung kanak-kanak itu yang berumur 27 tahun dan ibu tiri kanak-kanak itu, 31, masing-masing dikenakan bon kelakuan baik selama dua tahun dan melakukan kerja khidmat masyarakat selama 80 jam. Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa telah menganiaya kanak-kanak itu sehingga mengalami kecederaan fizikal antara Mac ini sehingga 12 Sept lepas di sebuah rumah di Bahau, Jempol.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Sebelum itu, Peh memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kepada pasangan tersebut kerana sebagai ibu bapa, mereka seharusnya menjaga anak bukan mendera kanak-kanak yang tidak mampu mempertahankan diri.
“Kes ini serius, hukuman berat kepada tertuduh perlu diberikan atas faktor kecederaan di seluruh badan kanak-kanak itu. Hukuman yang berat juga dapat memberikan amaran kepada orang awam,“ katanya.“Saya harap hakim ringankan hukuman. Saya masih ada tiga orang anak yang masih kecil... saya minta maaf, saya tahu memang saya betul-betul bersalah menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik untuk keluarga saya,“ kata bapa kanak-kanak itu.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penduduk harap projek Simpang Pelangai-Kuala Pilah jadi kenyataanPenduduk mahu Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) atau Central Spine Road (CSR) Pakej 6: Karak Bentong ke Simpang Pelangai-Kuala Pilah
Read more »
Kuala Lumpur Raih Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Tahun 2023Kuala Lumpur meraih destinasi yang paling popular di Malaysia, diikuti oleh Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.
Read more »
Fireman Among 3 Dead In Kuala Lipis Double Decker Express Bus CrashThe bus driver was believed to have lost control of the vehicle while negotiating a bend.
Read more »
18 anggota polis Kuala Lumpur dibuang kerja, enam diturun pangkatTindakan tegas itu diambil bagi memastikan standard perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.
Read more »
OAG: Kuala Lumpur tops most connected airport in Asia PacificKUALA LUMPUR: OAG, a data platform for global travel industry ranked Kuala Lumpur as the most connected airport in Asia Pacific in its Megahubs 2023, ...
Read more »
OAG: Kuala Lumpur tops rankings as most connected airport in Asia PacificKUALA LUMPUR, Sept 20 — OAG, a data platform for global travel industry, ranked Kuala Lumpur as the most connected airport in Asia Pacific in its Megahubs 2023, the market’s...
Read more »