Syarikat hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum penarafan syarikat Bumiputera diberikan kepada syarikat yang berdaftar.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia meliputi 48 peratus daripada 57, 316 syarikat milikan tunggal yang merupakan sebahagian daripada 108,870 syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Katanya, menyokong dasar keutamaan kepada syarikat Bumiputera, syarikat hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum penarafan syarikat Bumiputera diberikan kepada syarikat yang berdaftar. “Bagi memastikan kesahihan status syarikat, Kementerian Kewangan telah menetapkan supaya lawatan menentusah perlu dilaksana untuk menentukan sama ada syarikat layak diberikan status Bumiputera tidak tertakluk kepada dokumentasi sahaja.
“Kementerian Kewangan komited dalam mempermudah urusan pendaftaran syarikat selaras dengan prinsip-prinsip perolehan kerajaan iaitu akauntabiliti awam, ketelusan, nilai faedah terbaik, persaingan yang adil dan saksama,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohd. Azizi Abu Naim mengenai mengapa syarikat individu Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia berstatus pemilik tunggal tidak diberi status taraf Bumiputera bagi pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pengarah syarikat rugi lebih RM7 juta selepas melabur dalam mata wang kriptoGara-gara menceburi pelaburan mata wang kripto, seorang pengarah syarikat kerugian lebih RM7 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan
Read more »
Pelbagai barang tiruan berjenama lebih RM60,000 dirampasPelbagai barang tiruan berjenama lebih RM60,000 dirampas
Read more »
LTAM gagal tarik minat syarikat penerbanganTidak ada satu pun daripada tujuh syarikat penerbangan komersial berminat untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)
Read more »
Dua pengarah didakwa tidak serah cukai pendapatan syarikat, peribadiDua pengarah didakwa tidak serah cukai pendapatan syarikat, peribadi
Read more »
Dua pengarah didakwa gagal kemuka penyata pendapatan syarikat, peribadiJOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat Narita Shipping & Transport Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertudu...
Read more »
Fahmi: Kerajaan mahu syarikat tempatan menerajui pembangunan penyelesaian 5G perusahaanKUALA LUMPUR: Kerajaan mahu perniagaan tempatan menjadi peneraju dalam membangunkan penyelesaian 5G perusahaan untuk memastikan ekosistem digital nega...
Read more »