Perkhidmatan air-ambulance atau ambulans udara akan diperkenal sekitar hujung tahun ini bagi memudahkan urusan menyelamat di kawasan pedalaman serta jalan raya.
KUALA LUMPUR:
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, inisiatif itu akan membantu kerajaan untuk berjimat kerana tidak menelan kos seperti amalan kerajaan terdahulu. “Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan akan bekerjasama dengan kementerian kesihatan memulakan satu lagi iisiatif baru iaitu menjelang akhir tahun ini kita akan wujudkan air-ambulance.
“Helikopter yang dimiliki JBPM boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa di kawasan pedalaman termasuk juga di kawasan kemalangan atas lebuhraya. Sekiranya direalisasikan, ia akan menjadi menjimatkan duit sekurang-kurangnya, RM15 juta untuk setahun, dalam lima tahun RM75 juta akan dijimatkan.
“Amalan kerajaan terdahulu, duit itu outsource kepada pihak swasta maka duit itu setahun RM20 juta. JBP pula ambil RM15 juta sahaja. Ini adalah satu inisiatif menuju Malaysia Madani,” katanya dalam ucapan penggulungan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Speaker diminta siasat dakwaan Wee 'ditekan' atas kenyataan di Parlimen, kata ahli Parlimen | The Malaysian InsightAhli Parlimen Ayer Hitam didesak tarik semula kenyataannya mengenai import telur dari India.
Read more »
‘Rakyat berhak dapat perkhidmatan terbaik’Kota Kinabalu: Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya berazam untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dikecam walaupun berhadapan dengan kekangan kewangan dan tenaga kerja yang akan bersara.
Read more »
Ahli Parlimen Kuantan tarik balik kenyataan perarakan LGBTQ“Saya dengar di chamber (bilik) tadi, adakah Kuantan (Wan Razali) pasti Women’s March itu adalah (perhimpunan) LGBT?...
Read more »
Parlimen: Kerajaan tidak batalkan projek kerajaan terdahuluKerajaan Perpaduan tidak pernah membatalkan mana-mana projek sejak menjadi kerajaan kira-kira empat bulan lalu.
Read more »
(PARLIMEN) Kos buku Mari Kenali Sawit dipertikaiKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menuntut jawapan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Read more »