Paip bocor disyaki punca tanah runtuh di Akademi SPRM, kata menteri FMTNews FMTBerita
Berdasarkan siasatan awal Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya , kebocoran paip air bawah tanah kemungkinan menyumbang kepada insiden tanah runtuh di Akademi SPRM.
KUALA LUMPUR: Tiada tanda-tanda faktor semula jadi dikenal pasti menyebabkan runtuhan tanah di kawasan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, tengah hari tadi. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata berdasarkan siasatan awal Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya , kebocoran paip air bawah tanah kemungkinan menyumbang kepada insiden berkenaan.Beliau memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Nanta turut merakamkan simpati kepada mangsa terlibat dan berharap usaha mengenal pasti punca sebenar serta langkah mengawal runtuhan di lokasi kejadian dapat disegerakan. Terdahulu, dilaporkan seramai 76 petugas pentadbiran SPRM dan IIM berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan berkenaan, kira-kira 1.30 tengah hari.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tanah runtuh di hadapan Akademi SPRM | The Malaysian InsightKejadian itu menyebabkan sebuah pondok kawalan runtuh.
Read more »
Takungan air, paip pecah antara punca tanah runtuh di MACA, kata polis | The Malaysian InsightKewujudan takungan air di luar pagar itu mungkin disebabkan hujan lebat sejak tiga hari lepas.
Read more »
Tanah runtuh dekat bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, 76 terselamatKejadian kira-kira pukul 1 petang itu turut menyebabkan pondok keselamatan di bangunan berkenaan runtuh.
Read more »
Bekas hakim, kontraktor gagal tuntut wang dirampas SPRMMahkamah Tinggi menolak rayuan bekas Hakim Mahkamah Sesyen, Azmil dan seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan semula wang dirampas SPRM.
Read more »