Operasi SAR cari kanak-kanak lelaki, remaja diperluas
KAWASAN operasi mencari dan menyelamat seorang lagi kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana di Kuala Lumpur, pada Sabtu, kini diperluaskan kepada tiga kilometer.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata semalam bomba telah mencari sehingga ke sempadan terowong SMART namun, tidak menemukan sebarang petunjuk. “Pagi ini bomba meneruskan SAR mencari kanak-kanak itu tiga kilometer dari kawasan dia dipercayai terjatuh ke dalam longkang.Pada Sabtu lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang.
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan manakala mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Muhammad Riqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun. Sementara itu, Norazam berkata bomba juga memperluaskan kawasan pencarian kepada dua kilometer, bagi operasi mencari seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Pisang, Batu 12, Gombak, semalam.Semalam, mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya terselamat di sungai berkenaan. – Bernama, 13 Februari, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Operasi tinjau pasukan SAR negara hari ke-7 di Turkiye | The Malaysian InsightKawasan tinjauan membabitkan tujuh tapak kerja di sektor empat Gaziantep.
Read more »
SAR kanak-kanak dikhuatiri lemas di Ukay Perdana disambung pagi ini | The Malaysian InsightKejadian berlaku apabila kanak-kanak terbabit bermain di kawasan longkang sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus.
Read more »
Loji rawatan mula operasi, bekalan air pulih berperingkat | The Malaysian InsightMenurut Air Selangor loji itu mula beroperasi pada 6.30 pagi.
Read more »
Nazri suitable as Malaysian ambassador to the US, says Zahid | The Malaysian InsightUmno president feels that ex-Padang Rengas MP could strengthen cooperation between the two countries.
Read more »