Naratif vs realiti FMTNews FMTBerita
Hentikanlah membuat naratif. Kembali ke alam nyata. Naratif membawa banyak persepsi tetapi menidakkan realiti. Nampak bijak tetapi cuba berselindung di sebalik kenyataan. Naratif politik cuma banyak andaian untuk pengaruh pengundi memilih calon.
Cuma satu calon Gerakan yang menang di Kulim, Wong Chia Zhen. Gerakan kena tengok balik kedudukan mereka dalam arena politik negara. Mereka cuma menang satu daripada 37 kerusi yang ditandingi atau 2.7%. Gerakan memang tak ada pengaruh di Pulau Pinang. Era Koh Tsu Koon sudah berakhir di Tanjung. DAP kalah cuma satu. 46 daripada 47 calon yang bertanding menang atau 97.9%. Mereka selesa di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Selangor. DAP makin dominan dalam PH. Sejauh mana DAP akan menonjolkan kuasanya dalam membuatkan keputusan gabungan?
Peratus kemenangan PKR tidak sampai 50%. Amanah dan Umno tidak banyak membantu PKR menarik masuk undi Melayu. Atau kemungkinan kemasukan Umno ke dalam gabungan PH membuatkan undi Melayu lari ke PN. Contohnya di Kedah pemimpin Umno Mahdzir Khalid dan Amanah Mahfuz Omar ditolak pengundi Melayu Kedah. PKR kena fikir lebih serius bagaimana gabungan ini boleh memberi manfaat kepada PH dalam menghadapi PRU16.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemenang dan yang kalah dalam PRN 6 negeriPN, Sanusi Nor dan Pakatan Harapan antara menunjukkan prestasi terbaik namun Umno, Muda dan Gerakan mengalami kekalahan.
Read more »
Amaran ribut petir dikeluarkan di 7 negeri | The Malaysian InsightTermasuk di Kedah dan Terengganu yang sedang mengadakan PRN.
Read more »
Peratusan undi tinggi jika PRN, PRU serentak, Izzah akui terkhilafNaib presiden PKR mengakui kekhilafannya yang enggan melaksanakan PRN serentak dengan PRU15 November tahun lalu.
Read more »
Peratusan undi tinggi jika PRN, PRU serentak, Nurul Izzah akui terkhilafNaib presiden PKR mengakui kekhilafannya yang enggan melaksanakan PRN serentak dengan PRU15 November tahun lalu.
Read more »
Tok Mat ‘jurujual’ lebih baik naratif perpaduan Umno-DAP, bukan Zahid, kata KJKhairy Jamaluddin berkata Mohamad Hasan mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding Zahid Hamidi.
Read more »