Mohon pengampunan untuk Najib desakan politik, kata Muhyiddin FMTNews FMTBerita
Muhyiddin Yassin berkata, terpulang kepada kebijaksanaan Lembaga Pengampunan untuk membuat keputusan.
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional , Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno memohon pengampunan diraja untuk bekas presidennya, Najib Razak bersifat desakan politik.“Perkara ini ada proses dan prosedurnya tertentu. Setahu saya, sesiapa boleh mohon, namun dia menggunakan desakan politik,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Mengenai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut menganggotai Lembaga Pengampunan untuk menyemak permohonan pengampunan diraja Najib, Muhyiddin berkata, beliau tidak boleh mengulas kerana itu bersandarkan undang-undang. Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi Umno sebulat suara bersetuju menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah permohonan memberi pertimbangan pengampunan diraja kepada Najib.
Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, MKT juga akan mempersembahkan warkah rayuan kepada baginda beserta memorandum ditandatangani semua pimpinan Umno daripada 191 bahagiannya.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MKT Umno akan menghadap Agong, mohon pertimbang ampun NajibMajlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara akan mempersembahkan Yang di-Pertuan Agong mempertimbang memberi pengampunan kepada bekas perdana menteri itu.
Read more »
Umno mohon Agong pertimbang beri pengampunan kepada Najib | The Malaysian InsightAsyraf Wajdi Dusuki berkata MKT juga memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Agong berserta memorandum.
Read more »
UMNO mohon Agong pertimbang pengampunan penuh terhadap NajibSetiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MT juga sebulat suara bersetuju untuk memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Seri Paduka Baginda beserta dengan memorandum ditandatangani seluruh kepimpinan UMNO daripada…
Read more »
Mohon pengampunan diraja suara akar umbi UMNOKeputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah permohonan memberi pertimbangan pengampunan diraja kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat demi membawa suara akar umbi parti iru yang mahu tindakan sedemikian dibuat.
Read more »
Mohon pengampunan Agong terhadap Najib bersifat desakan politik -PNPASIR PUTEH: Perikatan Nasional (PN) melihat tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memohon pengampunan penuh terhadap bekas presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak bersifat desakan politik.
Read more »