Mitsubishi Motors Malaysia keluar senarai harga 2023 – Xpander naik RM3,180; Triton naik hingga RM3,300
Bermula dengan XPander, varian tunggal dengan enjin 1.5 literempat-silinder dan transmisi automatik empat-kelajuan kini berharga RM99,980 tanpa insurans. Ini menyaksikan peningkatan sebanyak RM3,180 atau 3.29% berbanding angka sebelum ini yang kami dapat pada Julai tahun lalu selepas pengecualian cukai jualan berakhir.
Bagi Triton pula, harganya pernah meningkat pada April tahun lalu tetapi varian Quest terkecuali pada tika itu. Namun tahun ini, peningkatan harganya membabitkan kesemua variannya, dengan Quest kini berharga RM83,890, atau lebih RM2,500 berbanding sebelum ini. Manakala model VGT pula, versi MT kini berharga RM105,500 , sementara AT pula naik RM2,000, kini RM109,990.
Seterusnya, Premium MT pula kini dijual pada harga RM118,700 dan Premium AT pula RM129,900 . Akhir sekali, varian tertinggi Athlete menyaksikan peningkatan sebanyak RM3,300 dan kini berharga RM149,900. Manakala versi terhadyang dilancarkan pada Ogos tahun lalu kini tidak lagi tersenarai dalam laman web MMM, mungkin 1,000 unit yang ditawarkan telah habis dijual.
Kami juga telah melakukan semakan dengan MMM dan dimaklumkan bahawa tiada perubahan dilakukan terhadap spesifikasi kenderaan. Malah MMM turut berkata semakan harga ini disebabkan “peningkatan kos” yang membabitkan kenaikan harga material dan logistik. Triton merupakan model import sepenuhnya dari Thailand, manakala XDpander pula merupakan model pemasangan tempatan di Malaysia.
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
The Star Increases The Price Of Its Physical Newspaper By 50 PercentThe Star has increased the price for the physical copy of its newspaper from RM2 to RM3 starting today, 3
Read more »
MACC nabs duo posing as Customs officers in Shah AlamSHAH ALAM: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has arrested two man, including an enforcement assistant, for allegedly soliciting a bribe of RM3,000 from a retail shop.
Read more »
Harga runcit minyak masak sawit tulen kekal hingga 7 Mei, kata menteri | The Malaysian InsightHarga runcit maksimum bagi minyak masak kelapa sawit tulen (botol) adalah RM 6.90 bagi 1 kilogram (kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM 30.90 bagi 5kg.
Read more »
Parlimen: Harga runcit minyak masak sawit tulen botol kekalHarga runcit minyak masak sawit tulen botol satu hingga lima kilogram tidak akan dinaikkan bagi tempoh 8 April hingga 7 Mei ini.
Read more »
Kerajaan disaran segera laksana program biodiesel B15 | The Malaysian InsightIa bagi memastikan Malaysia kekal sebagai pemain utama serta penanda aras bagi harga minyak sawit dunia.
Read more »
Harga minyak masak tulen botol kekalharga runcit maksimum yang ditetapkan adalah RM6. 90 bagi botol 1 kilogram (kg), RM13. 30 (2 kg), RM19.60 (3 kg) dan 30.90 (5 kg).
Read more »