Mesyuarat khas SPR hari ini tentukan tarikh penting PRK Kuala Terengganu
Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan mesyuarat khas pada 10 pagi ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Julai, 2023.
SURUHANJAYA Pilihan Raya mengadakan mesyuarat khas pada 10 pagi ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Mesyuarat di Menara SPR Putrajaya itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Ahmad Amzad Hashim yang mewakili PAS di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas pempetisyen iaitu calon Barisan Nasional Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.
Pada 8 Julai lepas, PAS memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kuala Terengganu yang membatalkan kemenangan parti itu. – Bernama, 18 Julai, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
EC to hold special meeting today to set important dates for Kuala Terengganu by-electionKUALA LUMPUR, July 18 ― The Election Commission (EC) will be holding a special meeting at 10am today to decide on the important dates relating to the by-election for the Kuala...
Read more »
Legenda olahraga Hanapiah Nasir meninggal dunia | The Malaysian InsightArwah meninggal kerana leukemia di Hospital Kuala Lumpur petang tadi.
Read more »
3 lelaki ditahan, dadah lebih RM14 juta dirampas | The Malaysian InsightMereka ditahan menerusi empat serbuan yang dilakukan di sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan Klang, Khamis lepas.
Read more »