Penerbangan terus Kuala Lumpur-Bandung ini menambahkan lagi destinasi MAS ke Indonesia kepada tujuh bandar raya utama di Indonesia.
PETALING JAYA: Selepas sekian lama terhenti, kini syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines kembali menyambung penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Kertajati, Bandung bermula 30 Oktober ini.
Bersempena pelancaran penerbangan terus KLIA-Kertajati 30 Oktober ini juga, agensi pelancongan terkenal, Leisure Golf Services berkolaborasi dengan MAS bagi menjayakan kejohanan golf ‘Leisuremania Golf Competition’. Menurut penganjur bersama kejohanan, Dzulkarnain Baharudin, pihaknya menyasarkan seramai 32 pemain sahaja bagi menyertai Leisuremania Golf Competition dan sasarannya sudah dicapai.