Selepas menampilkan prestasi cemerlang musim lalu, Liverpool menutup kempen 2022-2023 tanpa sebarang trofi apabila disingkirkan oleh Real Madrid secara agregat 2-6 dalam saingan Liga Juara-Juara, sebentar tadi. Real mara ke suku akhir.
Tiba di Madrid dengan misi mencari sekurang-kurang tiga gol, Reds bukan sahaja gagal mendapatkan jaringan, malah tumpas 1-0 di Santiago Bernabeu.
Gol tunggal Karim Benzema pada minit ke-78 memastikan juara bertahan, Real mara ke suku akhir menerusi agregat 6-2 selepas menang 5-2 di pada aksi pertama, pusingan 16 akhir Anfield, bulan lalu.— UEFA Champions League March 15, 2023 Kekalahan itu menyaksikan anak-anak buah Jurgen Klopp gagal melunaskan dendam terhadap lawan yang mengecewakan mereka pada perlawanan akhir tahun lalu.
Liverpool yang sudah tersingkir dalam semua pertandingan kini hanya mampu memberi tumpuan kepada usaha menempatkan diri di kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris bagi mencari tiket Liga Juara-Juara musim depan. Selepas dikejutkan 1-0 oleh Bournemouth dalam aksi terakhir liga, Sabtu lalu, mereka kini menduduki tangga keenam. – AGENSI
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cheng Hoe tak gusar penyudah tumpul FaisalKata Cheng Hoe, pemain kebangsaan itu telah memberikan sumbangan yang besar kepada pasukan setakat ini termasuk ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Penang FC di Stadium Bandaraya, petang semalam. 'Kami, barisan jurulatih (Selangor) sebenarnya tidak…
Read more »
Pembelaan tutup kes Syed Saddiq selepas kemuka keterangan 4 saksiKUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa atas pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA), menutup kesnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Read more »
UMNO teliti senarai calon PRN selepas pemilihan partiKOTA BHARU: Senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diteliti dengan sebaik mungkin selepas tamat Pemilihan Agung UMNO 2023-2026 pada Sabtu ini.
Read more »