Lapan bukan mentadbir, DAP tidak pernah sekat peruntukan orang Melayu – Anwar BERITA NASIONAL Politik TERKINI top
GUA MUSANG: DAP tidak pernah menyekat peruntukan melibatkan kepentingan orang Melayu sepanjang tempoh lapan bulan parti itu berada dalam Kerajaan Perpaduan mentadbir negara ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada keperluan untuk marah kepada parti berkenaan. “Jangan kata kerajaan ini bawah telunjuk DAP…. ini Anwar saudara-saudara. DAP adalah sebahagian pasukan. “Kita marah orang yang sakau duit rakyat. Saya akan pastikan tindakan tegas diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan rasuah,” katanya ketika berucap pada program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Paloh 2, di sini hari ini.Media sebelum ini melaporkan, DAP menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa parti itu menguasai Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, meskipun DAP antara parti komponen membentuk Kerajaan Perpaduan, ia tidak bermakna kerajaan didominasi oleh parti itu. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Keluar mengundi, selamatkan Tanah Melayu, kata Dr Mahathir | The Malaysian InsightKatanya, melalui pengundian rakyat akan menentukan kerajaan yang akan dipilih nanti kerana kerajaan hari ini gagal menjadi pentadbir yang baik walaupun dipimpin oleh orang Melayu.
Read more »
DAP terbuka terima kritikan, bukan cari gaduh - Nie ChingKULAI: DAP bersifat positif dan sentiasa terbuka dalam menerima pandangan serta kritikan mana-mana pihak terhadapnya, termasuk daripada MCA.
Read more »
Jangan umum projek masa PRN lepas itu lupa, kata PMAnwar Ibrahim tidak mahu projek hanya diumum menjelang PRN namun ia tidak dilaksanakan seperti dijanjikan.
Read more »
PRN: DAP, PKR P Pinang ‘remajakan’ senarai calon, kata sumberDua parti utama PH itu dijangka menampilkan muka baharu dan mungkin menggugurkan ‘personaliti utama’.
Read more »