KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Melaka ditutup sementara ekoran kekurangan dana selepas Yayasan Akalbudi yang dimiliki oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas pengetuanya, Azharizan Yaacob, 47, berkata, siasatan pada 2018 itu menyebabkan akaun yayasan dibekukan dan tidak mampu menaja kos operasi bulanan sekolah agama swasta tersebut yang mempunyai kira-kira 350 pelajar.
“Pelbagai cara saya lakukan untuk meneruskan operasi sekolah termasuk berhutang bagi menampung kos RM350,000 sebulan,” katanya yang kini pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Hamidiyah di Bagan Datuk, Perak. Jelas beliau, sepanjang pengetahuannya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu telah memperuntukkan hampir RM30 juta untuk membantu operasi sekolah tersebut, tidak termasuk kos sumbangan untuk pembinaan sekolah tersebut.
“Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid tidak gemar namanya didedahkan sebagai penyumbang operasi sekolah berkenaan,” kata beliau ketika membacakan pernyataan saksinya.Ahmad Zahid, 70, dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn. Bhd.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Zahid's graft trial: Siti Nurhaliza's husband says ‘generous’ Zahid gave RM10m to investKuala Lumpur: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, the husband to singer Datuk Seri Siti Nurhaliza, told the High Court today that Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi had provided RM10 million to his friend's company Armada Holdings Sdn Bhd in 2015 as an investment.
Read more »
Datuk `K' dijangka beri keterangan kes Ahmad ZahidAhli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hadir di Mahkamah Tinggi bagi memberi keterangan perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi.
Read more »
Ahmad Zahid labur dana RM10 juta bantu Armada HoldingsSecara tidak langsung yayasan tidak mengalami apa-apa kerugian dan telah memperolehi keuntungan yang sama atau yang sepatutnya
Read more »
Ahmad Zahid stops to help accident victim in KLKUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi stopped his entourage to help a motorcyclist who was involved in an accident here.
Read more »
Ahmad Zahid cari dana siapkan masjid selepas akaun Yayasan Akalbudi dibeku SPRMKUALA LUMPUR: Seorang pengurus projek memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencari sumber kewangan bagi meneruskan pembinaan Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, Perak yang tergendala hampir tujuh bulan ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Yayasan Akalbudi.
Read more »
Datuk K: ‘Big surprise’ when Zahid offered RM10m for capital; wasn’t loan as no collateral, repayment dateKUALA LUMPUR, Aug 21 — Businessman Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa said it came as a “big surprise” to him too when Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...
Read more »