Kunjungan hormat MIC ke atas Guan Eng cetus desas-desus FMTNews FMTBerita
BUTTERWORTH: Gambar pemimpin MIC Pulau Pinang mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi DAP, Lim Guan Eng Sabtu lalu menimbulkan desas-desus di tengah-tengah spekulasi parti itu berharap diperuntukkan “kerusi selamat” pada PRN akan datang.
“Saya tidak melobi sebarang kerusi. Kami mengadakan perbincangan baik dengan Lim mengenai hal Pulau Pinang. Presiden kami akan membincangkan peruntukan kerusi dengan pemimpin di peringkat lebih tinggi. Namun, sumber dalaman berkata, ia “hampir mustahil” untuk DAP melepaskan mana-mana kerusi yang kini dipegang ahli wakil rakyatnya yang berbangsa India kerana ia hanya mempunyai tiga daripada 40 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.“Hanya kerusi-kerusi ini yang mungkin dan DAP harus perlu benar-benar bermurah hati untuk menawarkan walaupun satu kerusi kepada mereka. Jelas sekali, ia tidak akan diterima dengan baik oleh akar umbi dan bakal calon,” katanya kepada FMT.