Kumpulan pertama tinggalkan Gaza ke Mesir melalui lintasan sempadan Rafah
RAFAH: Beratus-ratus pemegang pasport asing dan mereka yang cedera di Gaza mula meninggalkan wilayah itu ketika lintasan Rafah ke Mesir dibuka buat kali pertama sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.
Konvoi bantuan yang sangat diperlukan sudah melepasi kawasan antara Mesir dan Gaza tetapi tiada sesiapa sebelum ini dibenarkan melalui lintasan tersebut. Kira-kira 545 warga asing bersama kira-kira 90 penduduk yang sakit dan cedera mula beratur awal hari ini di terminal untuk meninggalkan Gaza. Difahamkan, selepas dibenarkan masuk ke kawasan terminal, barisan panjang dilihat di sekitar kawasan itu bagi pemeriksaan pasport dan dokumen lain.Mereka yang dibawa keluar untuk rawatan di hospital Mesir adalah sebahagian daripada lebih 15,000 yang cedera dalam serangan balas Israel yang sudah membunuh lebih 8,500 orang, dua pertiga daripadanya wanita dan kanak-kanak. – AFP
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Gaza terkini: Tentera Israel bergerak perlahan di Gaza, Hamas balas serangan darat ZionisGaza terkini: Tentera Israel bergerak perlahan di Gaza, Hamas balas serangan darat Zionis
Read more »
Gaza terkini: Kanada seru gencatan sementara dalam perang GazaGaza terkini: Kanada seru gencatan sementara dalam perang Gaza walaupun negara itu berkecuali ketika resolusi PBB.
Read more »
Gaza terkini: Gaza menjadi kawasan perkuburan untuk kanak-kanakGaza terkini: Gaza menjadi kawasan perkuburan untuk kanak-kanak selian mangsa serangan mereka juga alami dihaidrasi.
Read more »
Gaza terkini: Iran mungkin campur tangan di Gaza melalui Hizbullah, kata penganalisisGaza terkini: Iran mungkin campur tangan di Gaza melalui Hizbullah, kata penganalisis kerana mereka tidak mahu Israel tewaskan Hamas.
Read more »