MUAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Muar merampas baja kawalan bernilai RM772,987.50 di dua lokasi di sekita...
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo. - fotoBERNAMA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Cawangan Muar merampas baja kawalan bernilai RM772,987.50 di dua lokasi di sekitar Kawasan Perindustrian Tangkak, dekat sini, menerusi Ops Barang Kawalan semalam.
Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata rampasan pertama dilakukan hasil pemeriksaan di sebuah gudang yang disyaki menjalankan perniagaan borong baja tanpa memiliki lesen barang kawalan berjadual dan sebanyak 3,942 guni baja pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM300,060 dirampas. Beliau berkata 25,210 guni baja pelbagai jenis dianggar bernilai RM472,927.50 pula dirampas di sebuah kilang yang disyaki menjalankan perniagaan borong baja tanpa memiliki lesen barang kawalan berjadual.
“Pemeriksaan dilakukan berdasarkan risikan KPDN Cawangan Muar selama sebulan setengah. Selain itu, pihak KPDN turut menahan dua lelaki berusia 60-an yang merupakan pemilik gudang dan kilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Lilis Saslinda berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KPDN: Fertiliser worth almost RM800,000 seized in MuarMUAR: The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN), Muar branch, has seized fertiliser, worth RM772,987.50, at two different locations aro...
Read more »
KPDN Terengganu rampas diesel bersubsidi lebih RM40,000DUNGUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi dalam sa...
Read more »
Labuan KPDN seizes 80,000 litres of diesel worth RM320,000LABUAN: The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) Labuan branch has seized 80,000 litres of diesel valued at RM320,000 at a jetty at Ja...
Read more »
KPDN seizes 4,000 litres of subsidised diesel in TerengganuBANDAR PERMAISURI: The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) seized 4,000 litres of suspected subsidised diesel, estimated to be worth RM1...
Read more »
KPDN to let MAFS conduct review on diesel subsidies involving farmersKOTA BHARU: The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) will leave it to the Ministry of Agriculture and Food Security (MAFS) to conduct ...
Read more »
KPDN gagalkan penyelewengan LPG bersubsidiPUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggagalkan aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi se...
Read more »