Ketua Pemuda Amanah, Mohd. Hasbie Muda dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur daripada tuduhan berhimpun membantah kenaikan harga barang di ibu negara, pertengahan tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara , Mohd. Hasbie Muda dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada pertuduhan berkaitan dengan perhimpunan membantah kenaikan harga barang di ibu negara, pertengahan tahun lalu.
Majistret Wong Chia Sia memutuskan demikian selepas mahkamah dimaklumkan bahawa representasi yang dihantar oleh pembelaan yang mewakili Mohd. Hasbie yang juga Senator Dewan Negara telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara .“Pihak kami telah menghantar representasi pada 17 Mac lalu memohon agar AGC menarik balik pertuduhan terhadap anak guam kami. Pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada AGC untuk menarik balik pertuduhan,” katanya.
Peguam itu dalam satu kenyataan media menyifatkan keputusan tersebut merupakan satu permulaan positif kerajaan Madani yang menghormati hak dan kebebasan sivil untuk berhimpun serta menyatakan pandangan sepertimana dinyatakan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Pada 18 Ogos 2022, Mohd. Hasbie selaku penganjur perhimpunan didakwa gagal memaklumkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, lima hari sebelum mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek, Kampung Baru, Jalan Raja Alang di sini pukul 2 petang, 1 Julai lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
‘Kahwin paksa’ Umno-PH boleh bertahan, kata ketua PemudaDr Akmal Saleh menolak dakwaan bekas naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berhubung keretakan antara parti membentuk kerajaan perpaduan.
Read more »
PRN: Pemuda UMNO kemuka calon boleh menang, tawan hati rakyatKOTA BHARU: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menampilkan calon bukan sahaja boleh menang malah mampu memikat hati rakyat sekaligus menjadikan parti itu sebagai pilihan untuk diundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Read more »
PRN: Pemuda UMNO letak sasaran ramai calon muda dipilihPergerakan Pemuda UMNO meletakkan sasaran lebih ramai calon muda akan dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Read more »
Bakar anjing: Pemuda dikenakan tujuh sebatan ringan, berkelakuan baikBakar anjing: Pemuda dikenakan tujuh sebatan ringan, berkelakuan baik
Read more »
Media baharu, pengundi luar fokus Pemuda UMNO PahangPemuda UMNO Negeri Pahang menyokong kepemimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail agar terus maju ke hadapan.
Read more »