Kes Najib: Itu mahkamah, biarlah - Ahmad Zahid

Philippines News News

Kes Najib: Itu mahkamah, biarlah - Ahmad Zahid
Philippines Latest News,Philippines Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd hari ini perlu dihormati.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ditanya mengenai keputusan itu bagaimana pun enggan mengulas lanjut.

“Itu mahkamah, biarlah, biarlah,”katanya kepada pemberita pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Sekolah Izzuddin Shah di sini hari ini.Hari ini Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1 menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim itu membuat keputusan bertentangan.

Anggota panel lain ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais. Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun itu di penjara Kajang, memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas.

Najib dalam permohonan semakannya, memohon pembebasan atau pendengaran semula rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Philippines Latest News, Philippines Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Mahkamah Persekutuan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib esok | The Malaysian InsightMahkamah Persekutuan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib esok | The Malaysian InsightPada 28 Julai, 2020 Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib.
Read more »

Kes SRC: Najib tiba, Mahkamah Persekutuan jadi tumpuanKes SRC: Najib tiba, Mahkamah Persekutuan jadi tumpuanSekiranya permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan, maka, pendengaran merit semakan akan ditetapkan dan jika sebaliknya, Najib akan meneruskan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya sebelum ini.
Read more »

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan akhir Najib | The Malaysian InsightMahkamah Persekutuan tolak rayuan akhir Najib | The Malaysian InsightKeputusan majoriti panel hakim tolak permohonan semak semula sabitan hukuman penjara 12 tahun bagi kes seleweng RM42 juta.
Read more »

Najib tiba di mahkamah untuk semakan keputusan kes SRCNajib tiba di mahkamah untuk semakan keputusan kes SRCNajib tiba memasuki pekarangan di Mahkamah Persekutuan pada 8.36 pagi dengan diiringi kenderaan polis dan pegawai Jabatan Penjara.
Read more »

Perasaan Najib tidak boleh mempengaruhi keputusan kami - MahkamahPerasaan Najib tidak boleh mempengaruhi keputusan kami - MahkamahPerasaan tidak puas hati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keputusan mahkamah yang tidak memihak kepadanya tidak boleh dibiarkan untuk mempengaruhi penghakiman.
Read more »

Kes SRC: Penghakiman bertentangan Najib buka jalan lain untuk semakan semula sabitan, hukumanKes SRC: Penghakiman bertentangan Najib buka jalan lain untuk semakan semula sabitan, hukumanPasukan peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi bayangan akan mengemukakan permohonan semakan kali kedua selepas Mahkamah Persekutuan.
Read more »



Render Time: 2025-04-02 19:54:32