Keputusan sama ada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan atau dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan
KUALA LUMPUR: pengubahan wang haram , akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 9 November ini.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi turut mengesahkan tarikh tersebut.
Antara hujah yang dibangkitkan oleh Wan Shaharuddin ialah Syed Saddiq tidak boleh menggunakan wang dalam akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk menggantikan wangnya sendiri yang kononnya didahulukan untuk menjayakan kempen politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 . Ini kerana katanya, wang berjumlah RM120,000 tersebut tidak digunakan bagi tujuan kempen politik beliau atau mana-mana ahli Armada, sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun Maybank miliknya.
Pendakwaan turut menghujahkan, tiada seorang pun saksi pembelaan dapat menceritakan mengenai status wang RM120,000 tersebut setelah ia kekal tidak dibelanjakan bagi kempen PRU14. Mahkamah turut mendengar penghujahan pihak pembelaan bahawa tiada bukti menunjukkan Syed Saddiq bersubahat dengan Rafiq Hakim yang ketika itu Penolong Bendahari Armada melakukan pecah amanah dana RM1 juta milik Armada.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerajaan tarik balik peruntukan kawasan Syed Saddiq selepas jadi pembangkangSyed Saddiq cuba membentuk persepsi buruk seolah-olah kerajaan bersikap tidak profesional terhadap pembangkang.
Read more »
Minister denies Syed Saddiq’s claim Muar school projects haltedMuar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman defended his claim, saying he was informed by the Implementation Coordination Unit that the relevant funds were withdrawn.
Read more »
Syed Saddiq claims allocation was withdrawn after crossing the aisleKUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) claims that the allocation for his constituency has been withdrawn.
Read more »
Syed Saddiq Dakwa Kerajaan Tarik Balik Dana Peruntukan Kawasan Lepas Jadi PembangkangSyed Saddiq memaklumkan penarikan semula peruntukan tersebut mendapat pengesahan dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Read more »