Undang-undang baharu di Bandar Nagoya, Jepun iaitu tidak membenarkan pengguna berlari atau berjalan atas eskalator bertujuan mengurangkan kes kemalangan di bandar tersebut.
Apabila berada di tempat awam, pelbagai fasaliti yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan beban masyarakat.
Orang Awam Kini Tidak Boleh Berjalan Atas Eskalator Di Nagoya Jepun Pada Ahad , undang-undang baru telah digubal di bandar Nagoya Jepun iaitu orang awam kini dilarang untuk berjalan di atas eskalator.Sebelum ini, pengguna eskalator telah diarahkan berdiri di sebelah kiri bagi memberi laluan kepada mereka yang sedang dalam keadaan terburu-buru untuk lalu di laluan kanan.
Mengapa Peraturan Baru Ini Diperkenalkan? Peraturan ini dikuat kuasa bagi mengubah sikap orang awam, serta mengelakkan penumpang daripada terjatuh sehingga menyebabkan kemalangan semasa menaiki eskalator. Ini termasuk kes seperti penumpang hilang imbangan semasa berlari di atas eskalator serta merempuh penumpang lain sehingga menyebabkan kejatuhan.