Tidak mustahil bagi tanah-tanah rizab Melayu yang dipindah milik secara salah dan berlaku kesilapan dikembalikan kepada status quo.
PUTRAJAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia menggesa Ketua Audit Negara supaya memberi syor dan saranan kepada Pendaftar Pejabat Negeri Perak supaya mengembalikan tanah rizab Melayu yang dipindah milik kepada orang bukan Melayu.
Jelasnya, prosedur undang-undang yang boleh diguna pakai adalah membabitkan Seksyen 380 Kanun Tanah Negara 1965 berkaitan pembetulan kesilapan dalam dokumen hak milik dan Seksyen 417 akta sama dengan menggunakan autoriti am mahkamah. “Saranan baharu ini bukan sahaja menambah baik sistem, tetapi mengembalikan semula tanah yang dipindah milik secara salah kepada pihak yang bersesuaian,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Jabatan Audit Negara di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau turut menyatakan tanah yang berstatus tanah rizab Melayu itu semakin berkurangan selain dinyatakan dalam laporan tersebut selepas diaudit bahawa pengurusan tanah rizab Melayu di negeri berkenaan adalah kurang cekap dan berkesan.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Setiausaha politik MB nafi keluasan tanah rizab Melayu Selangor turun mendadak | The Malaysian InsightDakwaan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi itu fitnah, tidak menepati fakta, kata Juwairiya Zulkifli.
Read more »
Tanah rizab Melayu tiga negeri susutTanah rizab Melayu di ibu negara yang pada 2021 adalah seluas 1,003.56 hektar kini mengecil kepada hanya 99.48 hektar.
Read more »
Pas Selangor didakwa fitnah isu tanah rizab MelayuJuwairiya Zulkifli tempelak dakwaan Pas Selangor, Ahmad Yunus Hairi yang menyatakan keluasan tanah rizab Melayu menurun sejak 2019.
Read more »
UMNO kekal teraju orang Melayu“Sedangkan UMNO masih berpegang teguh kepada mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu. Itu juga perjanjian...
Read more »
RAA Eksklusif tawar baju Melayu, kurta pada harga Rahmah'Harga ditawarkan boleh dikatakan harga Rahmah. Kurta hanya RM30 sepasang manakala baju Melayu beserta sampin RM179 sepasang.
Read more »