BolaSepak SUKAN Kelab Arab Saudi ‘goda’ Benzema dengan tawaran lumayan
MADRID: Karim Benzema menerima tawaran lumayan untuk meninggalkan Real Madrid bagi menyertai sebuah kelab Arab Saudi yang tidak didedahkan.
Portal sukan The Athletic mendakwa, penyerang berusia 35 tahun itu yang mempunyai baki setahun kontrak di Santiago Bernabeu telah membuat keputusan mengenai masa depannya, namun belum dapat dipastikan dia bersetuju atau menolaknya. Difahamkan, Real Madrid terbuka membenarkan pemenang Ballon d’Or 2022 itu meninggalkan kelab jika dia memutuskan untuk berbuat demikian.Benzema merupakan penjaring kedua terbanyak Real sepanjang zaman dengan 354 gol dalam 647 penampilan, meletakkannya di belakang Cristiano Ronaldo yang menyertai Al-Nassr, Januari lalu.
Dia turut mendapat sokongan pengurusnya, Carlo Ancelotti untuk memenangi anugerah Ballon d’Or 2023 selepas meledak 18 gol dalam 23 aksi La Liga ketika saingan berbaki satu perlawanan. Menghadapi musim turun naik, Benzema telah mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan Perancis pada sambutan hari lahirnya yang ke-35, iaitu sehari selepas Perancis tewas kepada Argentina dalam final Piala Dunia 2022 yang dramatik. – AGENSI
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia hargai usaha Arab Saudi teruskan program Mecca Route, kata menteri | The Malaysian InsightZambry Abdul Kadir berkata ia satu perkhidmatan terbaik bagi memudahkan jemaah haji.
Read more »
Jangan tipu pak Arab jika mahu berjayaDisiplin yang tinggi dan tidak berbohong ketika berurusan dengan pengilang sejadah Raudah merupakan kunci utama kepada kejayaan perniagaan
Read more »
Malaysia hargai Aras Saudi teruskan inisiatif Mecca RouteMelalui inisiatif ini, pengurusan bagi jemaah haji Malaysia dilihat menjadi lebih sistematik dan efektif membantu perjalanan jemaah Malaysia.
Read more »
Soccer-Saudi’s Al-Ahli refuse to celebrate title after season in second division(Reuters) - Al-Ahli's players refused to celebrate winning the Saudi Arabian second division title on Monday at the request of fans, the club president said, after their first ever season out of the top tier, in a move that riled their own coach Pitso Mosimane.
Read more »
Lebih 60 peratus jemaah ada penyakit kronikPasukan perubatan TH Madinah lega apabila permit untuk tunaikan haji secara sah telah diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi
Read more »