Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas ditemukan dalam mesin basuh pakaian di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa dijumpai neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 9.30 pagi sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.“Mangsa yang juga kanak-kanak autisme itu telah diberikan bantuan pernafasan namun tidak menunjukkan tanda positif sebelum disahkan meninggal dunia.
“Mayat mangsa telah menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul,” katanya di sini hari ini. Menurut Yahaya, semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarganya yang lain berada di dalam rumah berkenaan.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dengan kes disiasat mengikut Seskyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 . “Pihak polis ingin menasihati orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan berpatutan bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini,” katanya. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Suami isteri, anak lelaki direman 7 hari kes kanak-kanak maut disyaki dideraSepasang suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka ditahan reman tujuh hari berkaitan kes seorang kanak-kanak lelaki dua tahun meninggal dunia di sini kelmarin, disyaki didera.
Read more »
Kanak-kanak Islam ditikam 26 kali oleh tuan tanah di ASKanak-kanak Islam ditikam 26 kali oleh tuan tanah di AS
Read more »
Peka, kenali tanda-tanda kanak-kanak didera, kata doktorSeorang pakar pediatrik dan ahli psikologi berkata, tanda-tandanya termasuk perubahan dalam penampilan fizikal, tingkah laku dan prestasi akademik kanak-kanak.
Read more »
Kanak-kanak lelaki enam tahun ditemukan mati dalam mesin basuhIPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan maut di dalam sebuah mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, di si...
Read more »
Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia Di Taska, JKM Sita Premis Kerana Tiada Lesen BerdaftarPremis taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara akan dikeluarkan notis sita (LAK) oleh JKM kerana dilaporkan tidak mempunyai lesen berdaftar untuk mengasuh kanak-kanak.
Read more »
Bayi dua bulan maut: Taska tidak berdaftar, JKM sita premisKUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya di mana seoran...
Read more »