Kambing jantan calit putih di dahi

Philippines News News

Kambing jantan calit putih di dahi
Philippines Latest News,Philippines Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 103 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 45%
  • Publisher: 51%

SasteraBudaya cerpenMingguanMalaysia Kambing jantan calit putih di dahi

MAIL tetap tidak mahu bersekolah. Mail tidak mahu naik ke tingkatan satu pada sesi persekolahan tahun baharu. Puas ayahnya memujuk Mail. Puas emaknya merayu, tetapi mail tetap mahu berhenti bersekolah.

“Memang saya bodoh mak. Sebab itu, saya tidak mahu sekolah. Biarlah saya bodoh. Biar saya menolong ayah di bendang. Biar saya bercucuk tanam. Saya boleh memelihara lembu. Saya boleh ternak kambing.” Seawal pagi Mail bangun. Mail mengheret lembu jantan milik ayahnya ke bendang. Selepas menghentak pelunggol ke dalam tanah, Mail balik semula ke kandang. Empat ekor kambing termasuk seekor kambing jantan akan diheret keluar bila matahari naik. Mail tahu sangat perangai kambing yang sememangnya takutkan air embun.

Kadang-kadang rezeki dia murah, dia dapat makan nasi berlaukkan telur goreng atau sup belut. Itupun sebulan sekali, atas ihsan ayahnya. Jika nak harapkan emaknya, dia tidak akan merasakan semua itu. Kalau tidak bernasib baik, dia mungkin berlapar sepanjang malam. Mak Ngah Limah selalu menegur suaminya yang terlalu manjakan Mail. Tetapi Pak Ngah Roni, sering mempertahankan Mail.

Sejak hari itu kemarahan Mak Ngah Limah reda sedikit. Ketika Pak Ngah Roni dan Mail membesarkan kandang, untuk dijadikan tempat tinggal Mail, Mak Ngah Limah hanya memerhati, walaupun hatinya tidak boleh terima namun mulutnya terkumat-kamit memperkatakan sesuatu. Mail amat terkejut. Mail amat takut pada jerkahan emaknya. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Semua nasi di dalam tempurung jantan telah habis dimakan kambing hitam bertanda putih di kepala.

“Abang, kita jual sajalah kambing jantan tu. Bela pun tidak berguna. Tidak mendatangkan hasil. Lainlah membela kambing betina. Ketiga-tiga ekor kambing betina kita itu nampaknya sudah bunting. Sebulan dua lagi keluarlah anak.” Malam itu hujan lebat. Mail tidur malam itu dengan sangat lena. Seluruh tubuhnya amat letih kerana kerja-kerja mencerut rumput lembu serta mencari pucuk kayu muda untuk kambing siang tadi.

“Mungkinkah kambing terlepas. Atau sengaja dilepaskan?” Pak Ngah Roni mengangguk-anggukan kepala sambil berjalan balik ke rumah. Ketika matahari sudah banyak condong ke barat, kelibat tubuh Mail tidak kelihatan. Kambing jantan juga tidak kelihatan.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Philippines Latest News, Philippines Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Mengamuk tak dapat RM5, penagih khayal ditahan pukul ibu, adikMengamuk tak dapat RM5, penagih khayal ditahan pukul ibu, adikPolis berkata, ibu suspek luka di kepala, manakala adik lelakinya luka di siku kiri.
Read more »

Pesakit mental ditemukan rentung | Harian MetroPesakit mental ditemukan rentung | Harian MetroKuala Lumpur: Lelaki dipercayai pesakit mental maut dalam kebakaran di dalam bilik di sebuah rumah di Desa Country Homes dekat Rawang, awal pagi tadi.
Read more »

Penempatan Orang Asli Pos Brooke semakin mengecil akibat pembukaan kebun sayurPenempatan Orang Asli Pos Brooke semakin mengecil akibat pembukaan kebun sayurLebih 4,000 penduduk Orang Asli di 18 buah kampung di Pos Brooke di sini berharap usaha pewartaan tanah Pembangunan Sosioekonomi Komuniiti
Read more »



Render Time: 2025-03-15 03:16:53