Baginda mengajak masyarakat untuk bersama mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah SAW yang amat bernilai dan istimewa.
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat menerapkan akhlak mulia dalam pertuturan dengan menutur bicara kebenaran, bersikap jujur serta menjauhi fitnah, kata-kata dusta dan pembohongan.Baginda bertitah, setiap baris-baris tutur kata Radulullah SAW disulami dengan penuh kesantunan dan memancarkan keperibadian mulia serta hormat kepada teman bicara.
“Hakikatnya, perkataan yang kurang elok, sama ada ketika tutur bicara mahu pun ketika menulis di media sosial, kata-kata berbentuk cacian, nista dan dusta serta fitnah akan hanya menggugat kestabilan dan keharmonian negara tercinta,” titahnya. Titah baginda, selepas kewafatan Rasulullah SAW, fenomena fitnah membawa kepada peristiwa amat tragis dalam sejarah Islam menerusi pembunuhan khalifah ketiga, Saidina Uthman bin Affan.
“Kerana itu Allah SWT mengingatkan seluruh umat Islam untuk menghindari serta menjauhi orang-orang yang tidak bercakap benar,” titah baginda.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Agong, Raja Permaisuri berangkat Sambutan Maulidur Rasul Peringkat KebangsaanSambutan dengan tema ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ adalah merupakan manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW.
Read more »
PM: Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaikKUALA LUMPUR: Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk d...
Read more »
Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik, kata AnwarPerdana menteri berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan.
Read more »
Manfaat hikmah, pengajaran Maulidur RasulDI Malaysia, sambutan Maulidur Rasul atau Hari Kelahiran Nabi SAW diraikan pada setiap 12 Rabiulawal tahun Hijrah
Read more »
DPM, Cabinet ministers extend Maulidur Rasul greetingsKUALA LUMPUR: Several Cabinet ministers have extended greetings on the occasion of Maulidur Rasul through social media to all Muslims and invited them to recite 'selawat' (blessings) upon Prophet Muhammad (SAW).
Read more »