Bagi Jalani, barisan pemain profesional perlu menghargai peluang diberikan Persatuan Badminton Malaysia (ABM) yang membuka pintu buat mereka.
PETALING JAYA: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Barcelona 1992, Datuk Seri Jalani Sidek kurang senang dengan tindakan kem perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dan jurulatihnya, Wong Tat Meng membangkitkan isu tidak membabitkan pemakaian pasukan berlainan jenama di Akademi Badminton Malaysia .
Terdahulu, Tat Meng telah memuatnaik satu hantaran menjelaskan ketiadaan dia dan anak buahnya berlatih di ABM selepas badan induk itu menguatkuasakan polisi pemakaian jenama sukan yang berbeza dengan BAM beberapa sebelum Kejohanan Badminton Dunia berlangsung di Copenhagen, Denmark. “Kalau anda rasa anda sebagai pemain profesional lebih bagus daripada pihak persatuan, janganlah sertai latihan di BAM, mudah,” jelas Jalani dalam satu sidang media di ibukota hari ini.
“Saya setuju dengan pendapat Lee Chong Wei, kenapa negara Jepun boleh buat. Siapa yang main untuk negara walaupun bermain guna Mizuno atau jenama lain tapi tetap hormat penaja badan induk.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Demi RTG, Kian Meng-Pei Jing turun bermati-matian di DenmarkBeregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing membawa misi serampang dua mata pada Kejohanan Badminton
Read more »
Mayat lelaki ditemukan mereput di dalam rumahLelaki itu dipercayai tinggal seorang diri di sebuah rumah pangsa di tingkat empat.
Read more »
Demi RTG, Kian Meng-Pei Jing turun bermati-matian di DenmarkBeregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing membawa misi serampang dua mata pada Kejohanan Badminton
Read more »
Nahas pesawat: Ibu cekal saksi jenazah anak buat kali terakhirBiarpun keuzuran, Hatun Bakar, 81, menggagahkan diri mahu melihat jenazah anaknya, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, buat kali terakhir.
Read more »