Ibu lima anak sebak terima rumah baharu di Aidilfitri. rantau panjang
Norazinah Abdul Aziz, 49, menyifatkan sumbangan tersebut merupakan anugerah yang tidak terhitung nilainya selepas terpaksa menyewa selama 27 tahun bersama suami, Arif Ismail, 60, dan lima anak sebelum diberi kesempatan untuk memiliki rumah sendiri hasil daripada sumbangan Muslim Care Malaysia Society dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rantau Panjang.
“Ketika itu, saya tidak mampu untuk membayar sewa kedai dan hilang punca pendapatan, namun Allah SWT masih menyayangi saya kerana terpilih sebagai penerima rumah ini,” katanya ketika ditemui pemberita Majlis Serahan Kunci 10 Rumah Home2Live di Pejabat Ahli Parlimen Rantau Panjang di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Katanya, rumah tersebut cukup selesa dan dia amat berterima kasih atas sumbangan tersebut sekali gus merealisasikan impiannya untuk memiliki rumah sendiri.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mangsa banjir Rantau Panjang terima subsidi bulanan sewa rumah hingga 2026RANTAU PANJANG: Mangsa banjir termenung yang terkesan dengan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di sini diberi subsidi bulanan sewa rumah sebanyak RM300 bermula tahun ini sehingga 2026.
Read more »
Rumah tradisional berusia 66 tahun jadi tumpuan berkumpul AidilfitriKANGAR: Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun sememangnya sudah menjadi kemestian buat keluarga besar Laksamana Saad, 46, untuk berkumpul di rumah tradisional diwarisi mereka sekitar Kampung Abi Tengah, di sini, yang kini mencecah usia 66 tahun.
Read more »
Rumah terbuka Aidilfitri Selangor bermula Jumaat iniSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka mencemar duli berangkat ke rumah terbuka itu di Padang Taman Sri Kerayong, Klang pada 30 April Selangor
Read more »