Honda Civic Type R FL5 rampas semula takhta kereta FWD produksi terpantas di Nürburgring; 7:44.881! - paultan.org

Philippines News News

Honda Civic Type R FL5 rampas semula takhta kereta FWD produksi terpantas di Nürburgring; 7:44.881! - paultan.org
Philippines Latest News,Philippines Headlines
  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 36 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Honda Civic Type R FL5 rampas semula takhta kereta FWD produksi terpantas di Nürburgring; 7:44.881!

Bagi mencatatkan rekod terbaharu ini, Honda menggunakan versi produksi sebenar FL5. Tiada sebarang ubahsuai dibuat kecuali tayar standard Michelin Pilot Sport 4 S digantikan dengan tayar opsyen Michelin Pilot Sport Cup 2 Connect yang dihasilkan lebih fokus untuk kegunaan dalam litar.. Ia menerima kejuruteraan semula pada casis dengan diberikan suspensi lebih baik, badan lebih lebar bersama kit aero lebih agresif dan pelbagai lagi.

Selain itu, rekaan gril hadapan dengan ruang kemasukan udara lebih besar membolehkan radiator beroperasi pada kadar 48% lebih baik dari FK8. FL5 masih lagi mengekalkan prinsip hanya dihasilkan dengan kotak gear enam-kelajuan manual, bagi memastikan ia dibeli oleh mereka yang betul-betul minat memandu.

“Kepada peminat Civic Type R kami di seluruh dunia: Di bawah konsep ‘Ultimate SPORT 2.0,’ kami membangunkan Civic Type R serba baharu dengan semangat ‘melampaui pencapaian masa lalu’ dan berusaha untuk menghasilkan kereta sport FWD yang sebenar dengan memperhalusi ‘nilai penting’ dan ‘daya tarikan emosi’ unik hanya untuk Type R kami” kata Ketua Pembangunan Civic Type R, Hideki Kakinuma.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

paultan /  🏆 22. in MY

Philippines Latest News, Philippines Headlines



Render Time: 2025-04-20 11:00:58