'Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta masjid.
KUANTAN: Pihak Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini meminta orang ramai menghentikan penyebaran video memaparkan seorang imam jemputan dipukul lelaki kurang siuman ketika menunaikan solat Subuh hari ini.
Imam Besar Masjid Negeri 1, Mohd. Rizzal Mohd. Ali Nafiah berkata, penyebaran video itu perlu dihentikan demi kebaikan semua pihak.“Pihak masjid tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang akan berdepan tindakan undang-undang disebabkan penyebaran video tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hari ini, tular video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, pagi tadi. Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang lalu menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan sepasang selipar berwarna putih.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian berkenaan yang dianggarkan berlaku di ruangan solat lelaki masjid berkenaan sekitar pukul 6.18 pagi. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Panel Dialog Keamanan Selatan Thailand cadang henti keganasan sepanjang Ramadan | The Malaysian InsightMalaysia adalah fasilitator bagi proses rundingan damai dalam menamatkan konflik yang sudah berlarutan berpuluh tahun di wilayah selatan Thailand itu.
Read more »
Henti politikkan lawatan rasmi PM ke Arab Saudi, setpol Anwar tegur pembangkangAhmad Farhan Fauzi yang menyertai delegasi ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac itu berkata lawatan rasmi tiga hari berkenaan ‘sangat berhasil’.
Read more »
KPM tidak arah henti projek SJKT Sungai Bakap | The Malaysian InsightSebelum ini Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy terkilan dengan keputusan JPN negeri menghentikan pembinaan bangunan baharu SJK(T) Sungai Bakap.
Read more »
Kes 3 beradik dirantai, KPM semak status pendidikanMenteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya akan meneliti sama ada tiga beradik itu bersekolah atau tidak selain menunggu laporan lengkap insiden berkenaan.
Read more »