El Nino burukkan jerebu di Malaysia
El Nino membawa pelbagai kesan buruk terhadap kehidupan manusia termasuk risiko kebakaran dan kesihatan akibat jerebu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Mei, 2023.
Pusat Meteorologi Khusus Asean turut melaporkan titik panas yang merebak di Myanmar dan Laos di samping lokasi titik panas di Thailand, Kampuchea dan Vietnam. Laporan media sebelum ini ada menyebut berdasarkan rekod, iaitu pada tahun 2015, setakat ini El Nino melanda Malaysia sebanyak 12 kali, dengan yang pertama antara tahun 1951 dan 1952, dan kejadian terburuk pada tahun 1997 hingga 1998, dengan suhu terpanas 40.1 darjah Celcius direkod di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis, pada 9 April, 1998.
“Keadaan ini pasti memburukkan paras jerebu di negara ini. Kombinasi keadaan kering, kebakaran hutan serta pelepasan bahan pencemar daripada pelbagai sumber boleh meningkatkan paras zarah, seperti zarah bawaan udara. “Pemantauan kualiti udara yang kerap serta mengurangkan sumber pencemaran adalah penting untuk menyekat keadaan yang teruk,” katanya.Menurut Pakar Strategi Kempen Serantau, Greenpeace Asia Tenggara, Heng Kiah Chun, jerebu kini bukan sahaja terhad kepada Malaysia dan Indonesia, seperti yang difikirkan ramai orang, tetapi ia juga dari negara Asia Tenggara yang lain.
Heng, yang juga jurucakap Greenpeace untuk projek jerebu rentas sempadan berkata, fenomena itu adalah buatan manusia dan ia boleh dicegah dengan mengambil tindakan yang betul bagi memantau serta menyekat kebakaran, terutama di atas tanah gambut. Pada 7 Mei 2023, Jabatan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata, pihak Jabatan menyediakan beberapa langkah untuk menangani kejadian pembakaran terbuka, antaranya, kualiti udara yang menurun yang mencetuskan jerebu dan mengancam kesihatan awam. Menurut Jabatan itu lagi, sewaktu cuaca kering, terdapat kebimbangan akan meningkat kebakaran terbuka, terutamanya melibatkan kawasan tanah gambut dan tapak pembuangan sampah.
“Akta itu adalah langkah konkrit pertama sejajar dengan perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan tahun 2002 yang diratifikasi oleh Kuala Lumpur pada 3 Disember 2002,” katanya. Lima negara iaitu Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia, membentuk kumpulan kerja teknikal dan jawatankuasa pemandu kementerian sub-serantau mengenai jerebu rentas sempadan.
“ASEAN sebenarnya memainkan peranan besar untuk memastikan jerebu terus menjadi agenda serantau kerana kita tahu ia isu bermusim tetapi memandangkan ada perjanjian dengan Asean, sekurang-kurangnya mereka berbincang dan bermesyuarat bagi mengelak serta memantau kes jerebu ini,” katanya. “Singapura mempunyai akta ini yang mewujudkan liabiliti luar wilayah untuk pihak yang membuat kebakaran di luar negara dan menyebabkan asap atau jerebu rentas sempasan di negara mereka .
“Bagaimanapun, keberkesanan langkah berkenaan masih menjadi topik perbahasan kerana jerebu dan cuaca panas terus berlaku dan mungkin menyukarkan langkah penguakuasaan. “Bagaimanapun, perlu ambil maklum, sensor kualiti udara yang berkos rendah mungkin tidak berapa tepat berbanding stesen pemantauan yang gred profesional. Untuk itu, penting untuk menaksir data daripada sensor berkenaan setakat sebagai petunjuk dan bukan muktamad.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PBS longgar tanpa elemen sukan?Sampai bila arahan itu berkuat kuasa masih menjadi persoalan memandangkan Malaysia dijangka mengalami fenomena El Nino.
Read more »
Malaysia's Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Awards 2023 winners announcedThis year also marks PAM's 100th anniversary - a big milestone for the organisation as well as the architecture industry.
Read more »
Malaysia perlukan media bebas dan berani, kata Fahmi | The Malaysian InsightBukan semata-mata untuk mewujudkan semak dan imbang, malah ia juga bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian, katanya.
Read more »
Malaysia needs brave, independent press, says Fahmi | The Malaysian InsightThere's a lot of work to be done, minister tells media on National Journalists' Day.
Read more »