Data tanah rizab Melayu cuba burukkan Kedah, dakwa Sanusi FMTNews FMTBerita
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkata pendedahan di Parlimen baru-baru ini bertujuan memberi gambaran pentadbirannya mengabaikan kepentingan tanah rizab Melayu.
Beliau juga berkata, keputusan mendedahkan maklumat sedemikian di Dewan Rakyat adalah bermotifkan politik dan ada agenda tersembunyi.“Isu tanah rizab Melayu ini bertujuan memburukkan kerajaan Kedah dan menjadikan kita seolah-olah mengabaikan kepentingan tanah rizab Melayu sehingga hilang 5,100 hektar dan tidak diganti sedangkan ia tak berlaku,” katanya kepada pemberita.
Katanya, tanah rizab Melayu di Kedah menurun daripada 721,888.93 hektar pada 2021 kepada 716,537.28 hektar tahun lalu.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pembangkang cuba berpolitik isu tanah rizab Melayu di KedahNik Nazmi menyifatkan wujudnya naratif cuba dimainkan pihak pembangkang di Parlimen berhubung isu keluasan tanah rizab Melayu di Kedah.
Read more »
Ex-Baling MP Azeez appointed Keda chairmanHe replaces Kedah Umno chief Jamil Khir Baharom as the Kedah Regional Development Authority head.
Read more »
Perikatan gagal guna isu tanah rizab Melayu terhadap kerajaan, kata Nik Nazmi | The Malaysian InsightPerikatan gagal guna isu tanah rizab Melayu terhadap kerajaan, kata Nik Nazmi
Read more »
Usaha Anwar raih sokongan Melayu belum cukup, kata penganalisis | The Malaysian InsightKejayaan usaha ini jadi perhatian ketika setiap parti kini mula gerak kempen hadapi PRN yang akan berlangsung Jun.
Read more »