Cuepacs bersolidariti dengan doktor kontrak tetapi tidak setuju tindakan mogok
Adnan berkata kumpulan itu sendiri tidak mempunyai locus standi untuk mengambil tindakan perusahaan seperti mogok kerana mereka tidak berkesatuan pada masa sama boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan perkhidmatan awam.
“Maka dengan itu mendedahkan mereka ini berada dalam tindakan dan peraturan dalam perkhidmatan serta akhirnya boleh menjejaskan kemajuan kerjaya mereka yang sudah pun ada dalam sistem perkhidmatan walaupun sebagai pekerja kontrak,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan Perak di Ipoh, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah serta Presiden AUEGCAS Asman Mohd Nawawi. Semalam Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi jawatankuasa peringkat tertinggi bagi menyelesaikan isu itu berkata kerajaan akan memastikan situasi menang menang dicapai supaya tiada pihak berasa rugi atau tersingkir. – Bernama, 3 April, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mogok doktor kontrak akan diteruskan esok, kata kumpulan | The Malaysian InsightWakil Mogok Doktor Malaysia berkata pihaknya hilang kepercayaan terhadap Kementerian Kesihatan.
Read more »
JKNJ mungkin ambil tindakan tatatertib jika doktor kontrak sertai mogok | The Malaysian InsightPengarah JKNJ Dr Aman Rabu berkata tindakan itu hanya akan diambil selepas teguran dan nasihat diberikan kepada mereka.
Read more »
Cuepacs tidak setuju doktor mogokKongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak bersetuju dengan tindakan mogok oleh kumpulan doktor kontrak kerana membantah sistem tidak adil dan gaji rendah.
Read more »
Esscom rampas RM33 juta dadah tahun lalu | The Malaysian Insight1.4 juta pemeriksaan terhadap individu, kenderaan dan bot menghasilkan 1,003 tangkapan atas pelbagai kesalahan.
Read more »
Police bust multi-billion dollar Brazil-Europe drug ring | The Malaysian Insight15 suspects arrested and more than 17 tonnes of cocaine seized.
Read more »
2 seriously hurt in Cheras brawl | The Malaysian InsightCops on the hunt for main suspect.
Read more »