“Kalau ada yang beranggapan saya hanya menyanyi di pentas-pentas besar, itu tidak benar sama sekali'
BUKAN semua penyanyi layak dianggap bersuara ‘emas’. Manakala Bob Yusof pula antara yang layak diletakkan dalam kategori tersebut kerana keunikan vokal yang dimilikinya.Disebabkan itu juga, Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop dihujani permintaan untuk membuat persembahan dalam majlis dan acara berkategori eksklusif dan gah.
Baginya, dia hanyalah anak seni yang menghiburkan masyarakat di atas apa jenis pentas, berskala besar mahupun kecil. “Setiap pentas, besar atau kecil membawa pengalaman yang berlainan buat seseorang penyanyi. dan menghiburkan,” katanya. Meskipun begitu, Bob, tidak pernah menyembunyikan hakikat bahawa dia juga, seperti penyanyi lain, masih belajar dan tetap menggunakan khidmat mereka yang lebih pakar untuk memperbaiki kemahiran yang dimiliki.
“Saya bukan individu yang ambil mudah dalam apa juga perkara. Sebab itu sampai sekarang saya masih berguru, belajar untuk menjadi seorang penyanyi yang lebih baik di masa yang akan datang,” katanya lagi.Berbaki kurang dua bulan, Bob menggalas tugas penting apabila terpilih antara penyanyi yang akan mengembalikan nostalgia Hari Raya Aidilfitri menerusi konsert Raya Sepanjang Zaman yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas pada enam Mei depan.
Kata Bob, sepanjang kerjaya sebagai penyanyi, tugas berkenaan bakal menjadi antara yang paling besar dan berat yang pernah digalasnya.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sedia poligami kalau ikut sunnah Rasulullah - Nurul ShuhadaIsteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sedia bermadu sekiranya Hafidz bersikap jujur untuk mengamalkan kehidupan berpoligami.
Read more »
Jamal gagal gantung perintah bayar ganti rugi RM300,000 kepada TeresaJamal Md. Yunos tetap diperintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok berhubung dakwaan menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
Read more »
Perbicaraan Siti Nuramira diteruskan di rumah atau hospitalKUALA LUMPUR: Perbicaraan terhadap Siti Nuramira Abdullah atas pertuduhan menghina Islam ketika membuat persembahan komediri (stand up comedy) tetap diteruskan sama ada di hospital atau rumah, jika keadaan kesihatan tidak mengizinkannya hadir di Mahkamah Sesyen di sini.
Read more »
Bicara Siti Nuramira di rumah atau hospital jika masih tidak sihatKUALA LUMPUR: Perbicaraan Siti Nuramira Abdullah atas pertuduhan menghina Islam ketika membuat persembahan komediri (stand up comedy), tetap diteruskan sama ada di hospital atau di rumah jika keadaan kesihatan masih tidak mengizinkannya hadir di Mahkamah Sesyen di sini.
Read more »