Budak lelaki lemas terjatuh longkang
JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia 13 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Aminah, di sini petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Faisal Ismail berkata, pihaknya mendapat maklumat tentang kejadian tersebut pada pukul 4.01 petang dan seramai 12 anggota berserta empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, didapati tubuh mangsa berada dalam keadaan tersangkut di pembetung selepas terjatuh longkang.
“Anggota kemudian mengeluarkan mangsa menggunakan tali, sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang berjalan di kawasan berdekatan bersama-sama dua rakannya sebelum dia terjatuh ketika cuba menyeberangi longkang berkenaan.Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 5.15 petang.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kanak-kanak ditemukan maut dalam takungan air kumbahan | The Malaysian InsightBudak lelaki berusia dua tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam takungan air kumbahan di bahagian belakang rumah kedai.
Read more »
Warga emas lemas dalam kolam selepas tergelincirKolam berkenaan sedalam kira-kira dua meter dan mempunyai tebing yang tinggi serta curam.
Read more »
Operasi mencari nelayan dikhuatiri lemas diperluasOperasi mencari dan menyelamat nelayan warga emas, Ismail Awang, 71, yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot, diperluaskan sehingga 60 batu nautika persegi di sekitar perairan Pulau Tenggol dan Kuala Dungun.
Read more »
Kanak-kanak ditemukan maut dalam takungan air kumbahan | The Malaysian InsightBudak lelaki berusia dua tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam takungan air kumbahan di bahagian belakang rumah kedai.
Read more »
Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dalam lubang kumbahanDalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa Muhammad Azim Abdul Rahim yang merupakan anak tiri kepada Mohd. Khairi Jauhari Mohd. Yusuf, 36, ditemukan oleh bapa saudaranya di lubang kumbahan sedalam 0.4 meter semasa turun untuk mencari
Read more »
Warga emas lemas dalam kolam selepas tergelincirKolam berkenaan sedalam kira-kira dua meter dan mempunyai tebing yang tinggi serta curam.
Read more »