Tangkapan dilakukan oleh bot ronda yang sedang melaksanakan rondaan Op Pintas, Op Tiris dan Op Khas Pagar Laut.
Bot kelas A dan B itu ditahan pada kedudukan lebih kurang satu batu nautika barat daya muara Sungai Burong, Bagan Datuk, sekitar pukul 9.40 pagi.
Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, tangkapan tersebut dilakukan oleh bot ronda yang sedang melaksanakan rondaan Op Pintas, Op Tiris dan Op Khas Pagar Laut. “Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot pertama iaitu bot kelas B yang dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong warga Indonesia masing-masing berumur 22 dan 45 tahun menggunakan dua kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
“Sementara, bot kedua iaitu bot kelas A yang dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan berumur 69 tahun disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Perikanan 1985 kerana telah mengubah suai bot pukat tunda hanyut kepada pukat tunda,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi. Menurutnya, tekong dan kru bot pertama disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63.Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan mengenai pelanggaran undang-undang di laut, agar menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bot karam di Sepulut, mayat kanak-kanak ditemui, 2 masih hilangMayat Joffizan Joffrinos ditemui terapung di tepi sungai oleh orang awam, 15km dari lokasi botnya karam.
Read more »
Jangan buat spekulasi isu penahanan pembantu, kata Sivakumar | The Malaysian InsightMenteri sumber manusia berkata beliau dan kementerian akan beri kerjasama penuh kepada agensi jika perlu.
Read more »
NGO diketuai Kelab D’Kluang jayakan singgah sahurSelain Kelab D’Kluang, turut terlibat ialah Persekutuan Melayu Kluang; Persatuan Belia Bandar Bersatu Kluang; Persatuan Sepak Takraw Daerah Kluang; Persatuan Kebajikan Kasih Sayang Kluang serta Permai Care.
Read more »