BMW Motorrad perkenal iFace – sistem pengenalan muka dan mata pertama di dunia untuk motosikal
Dalam usaha untuk menjadikan motosikal mereka lebih selamat daripada pencuri, BMW Motorrad telah memperkenalkan satu sistem baru yang dipanggil sebagai iFace. Ia dibangunkan bersama oleh BMW Motorrad dan ketua institutdi University of Munich, Professor Dr. Gerhard Lesjöh, dan akan melengkapi sistem Keyless Go sedia ada pada motosikal BMW.
Jika mahu menggunakan iFace ini dengan masih memakai helmet, pemilik boleh memilih fungsi imbasan mata . Sistem ini menggunakan imbasan, dan boleh berfungsi termasuk dalam keadaan gelap ataupun terdapat halangan di hadapan mata seperti cermin mata, kanta lekap ataupun visor helmet. Mata yang diimbas akan dibandingkan dengan data dalam sistem untuk membuka kunci motosikal.