Bila dan di mana anak bulan Syawal 1444H berada?
MELIHAT anak bulan bukan setakat memenuhi tuntutan agama tetapi juga kaedah dalam kajian eksperimental. Kemajuan penjejakan anak bulan juga sudah berubah daripada cerapan mata kasar berdasarkan kedudukan matahari terbenam sehinggalah kini menggunakan teleskop penjejak. Sesuatu yang tidak berubah adalah persepsi terhadap keputusan melihat anak bulan. Masyarakat masih tertunggu-tunggu keputusan serta tarikh permulaan puasa dan hari raya.
Sebagaimana biasa, amalan rukyah dan hisab di negara ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengeluarkan kenyataan yang tarikh melihat anak bulan Syawal 1444H ditetapkan Khamis depan. Potensi kegagalan teori kenampakan anak bulan boleh juga berlaku, tetapi amat tipis. Sebagaimana pengalaman di Malaysia, setelah bertahun-tahun mendapati tarikh pada takwim sama dengan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, kecuali episod penentuan Syawal 1443H lalu menunjukkan sebaliknya.
Menurut hisab pergerakan bulan dan matahari, proses ijtimak Syawal 1444H berlaku di longitud 130 darjah Timur, kira-kira pukul 12.15 tengah hari waktu Malaysia pada 20 April. Waktu ini serentak dengan kemuncak fasa gerhana matahari penuh yang di sekitar Laut Banda berhampiran Papua Barat sehingga ke kepulauan Micronesia.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Suria FM releases new short film and 4 Raya songs to welcome SyawalThis campaign serves as Suria FM's effort to help listeners get into the Hari Raya spirit while simultaneously strengthening its bond with its audience.
Read more »
Ramadan, Syawal anugerah terindah Suzie EryantySURI hati Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh ini berkongsi pengalaman Syawal, aspirasi dan peranan selaku isteri kepada Ketua Menteri Melaka. Bagi Datin Seri Suzie Eryanty Mohd. Suleiman, Aidilfitri disifatkan sebagai istimewa dan memberikan 1,001 erti buat dirinya.
Read more »
Jualan Khas Syawal Madani tawar harga 30 peratus lebih murahJualan membabitkan Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, RTC dan Medan Niaga Satok bertujuan meringankan beban khususnya golongan B40 dan M40.
Read more »
Usah jadikan tarikh Aidilfitri bahan gurauan di media sosial, kata menteri | The Malaysian InsightPengisytiharan 1 Syawal terletak pada bidang kuasa pihak berkaitan dan pengguna media sosial perlu mengambil serius mengenai perkara itu.
Read more »
Elemen putih, keemasan percik gaya mewahBagi yang masih tercari-cari tema dekorasi Syawal, minggu ini Seri bawakan konsep tata rias yang mudah dan mampu milik.Malah, ia juga sesuai diaplikasikan pada ruangan yang terhad dan pelbagai jenis keluasan kediaman.
Read more »