Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah 7 pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
SEORANG bekas penolong juruteknik Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen di Labuan hari ini atas tujuh tuduhan menerima rasuah berjumlah RM8,500 berhubung dokumentasi permit kerja.
Mazeran Mohamad Zain, 38, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan melalui transaksi dalam talian antara 31 Oktober 2019 dan 20 Disember 2019. Pertuduhan mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Joe Randy Juster, manakala tertuduh diwakili Rakhbir Singh. – Bernama, 24 Mac, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bekas CEO Astro sudah pulang AS$10 juta, aset terkait 1MDB, kata laporan | The Malaysian InsightRohana Rozhan serah wang tunai dan aset tersebut kepada kerajaan Malaysia tahun lepas, lapor Utusan Malaysia memetik sumber.
Read more »
SM Faisal, bekas isteri akan berunding selesai luar mahkamah | The Malaysian InsightIa bagi menyelesaikan kes berhubung dakwaan wanita itu dicederakan oleh ahli perniagaan tersebut.
Read more »
Diskaun harga jika bawa bekas makanan di bazar RamadanPeniaga disaran menawarkan diskaun harga kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan.
Read more »