PETALING JAYA: Rekod bagi kategori Terbuka Wanita dalam acara Kuala Lumpur Standard Chartered Maraton (KLSCM) 2023
Beliau yang berasal dari Kenya mencatatkan masa 2 jam 32 minit 51 saat untuk memadam rekod sebelum ini yang dilakar Rose Kerubo Nyangacha pada 2011 apabila melakukan catatan 2:34:37s.
Sementara itu bagi kategori Terbuka Lelaki pula dimenangi Kiprop Tonui dengan catatan masa 02:13:49s. Lebih 40,000 pelari turun ke Dataran Merdeka untuk menyertai edisi ke-15 KLSCM yang mana kali pertama perlumbaan itu mendapat pengiktirafan daripada Olahraga Dunia sebagai acara Road Race Label dan menjadi satu-satunya acara larian jarak jauh di Malaysia yang diberi status berkenaan.Sementara itu, bagi kategori maraton lelaki Malaysia diungguli Poo Vasanthan dengan catatan 2:37:38 manakala Michelle Chua Khit yang melakukan catatan 3:13:07 memenangi kategori wanita.