Naib Presiden Barcelona, Rafa Yuste mengesahkan, gergasi bola sepak Sepanyol itu telah menghubungi Lionel Messi tentang usaha membawanya pulang ke Camp Nou sebaik sahaja kontraknya bersama PSG tamat, Jun nanti.
“Saya masih kecewa dia tidak meneruskan kariernya di sini. Sudah tentu saya mahu dia kembali kerana dia adalah duta bukan sahaja dalam sukan, tetapi juga sosial dan ekonomi.
“Ya, kami berhubung dengan mereka . Kisah-kisah indah sepatutnya mempunyai pengakhiran menggembirakan. Antara kami masih ada ‘cinta’,” kata Yuste. Dua tahun lalu, Barcelona tidak dapat menandatangani kontrak baharu dengan Messi kerana masalah kewangan, dan jika kelab itu serius mahu membawa kapten Argentina tersebut pulang, 150 juta euro harga yang perlu dibayar.
Pada masa sama, Yuste mengakui ada keperluan untuk mengurangkan kos kerana Barca hanya mempunyai dua bulan untuk menyerahkan ‘pelan kelestarian’ kepada Presiden La Liga, Javier Tebas. Messi, 35, menyarung jersi Barcelona selama 17 tahun. Dia memulakan karier dari akademi kelab sebelum menyertai skuad utama dari 2004 hingga 2021.Bersama Messi, Barca merangkul pelbagai trofi dari Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab, La Liga hingga Piala Sepanyol. – AGENSI
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penganjur tak buat permohonan, UiTM sedia terima Syed Saddiq, kata naib canselorNaib Canselor UiTM, Roziah Janor berkata pihak yang ingin menganjurkan program dalam kampus itu perlu mematuhi prosedur dan melalui proses secara berhemah.
Read more »
Mohd. Fo’ad dilantik Naib Canselor UUM baharuPelantikan Mohd. Fo’ad imenyaksikan beliau menggantikan tempat Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah yang ditamatkan perkhidmatan lebih awal berkuat kuasa 18 Januari lalu.
Read more »
13 lagi pasukan main untuk jadi naib juara“Justeru, yang terbaik boleh dilakukan pasukan lain setakat ini adalah cuba merebut tempat kedua dalam Liga Super. Tidak mustahil, akan ada perlawanan yang JDT akan tewas tetapi kebarangkalian itu sangat tipis.' - LIM CHAN YEW
Read more »
Anwar lakukan kunjungan hormat ke atas presiden China | The Malaysian InsightKedua-dua pemimpin itu kemudiannya memulakan mesyuarat, yang berlangsung selama kira-kira 45 minit.
Read more »
Presiden China bincang soal 'kemerdekaan' Asia dengan PM Malaysia, Singapura | The Malaysian InsightBeijing dan Kuala Lumpur akan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024.
Read more »