Kota Kinabalu: Seramai 28 orang usahawan makanan menyertai pertandingan ciptaan inovasi Pitch Borneo 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Isnin.
Dalam program yang dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif itu, usahawan terbabit mempamerkan hasil ciptaan mereka yang bertemakan Inovasi Sekuriti Makanan.Usahawan dari empat zon iaitu Pantai Barat, Pedalaman Atas dan Bawah serta Pantai Timur itu turut terlibat dalam bengkel keusahawanan di program anjuran Persatuan Usahawan Terknologi tersebut.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Katanya, penganjuran Pitch Borneo yang dahulunya dikenali sebagai ‘Sabah Got Ideas’ sejak 12 tahun lalu di bawah Sata telah berjaya membantu ramai usahawan tempatan merealisasikan idea perniagaan mereka.
“Justeru, kita termasuk agensi berkaitan lainnya akan terus membantu Sata di atas usaha murni ini seterusnya memantau dari aspek bimbingan berterusan kepada usahawan terbabit.“YAB Ketua Menteri juga telah meminta kita untuk menyelaras program berkaitan bersama agensi kerajaan lainnya yang mempunyai hubungkait dengan pembangunan usahawan,” katanya.