Bah Johor: 2,540 mangsa masih huni 20 PPS
JOHOR BAHRU: Sehari menjelang Ramadan, masih 2,540 mangsa banjir daripada 701 keluarga ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara di daerah Batu Pahat, setakat pukul 8 pagi ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah itu berkurangan berbanding seramai 3,086 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 malam tadi. “Cuaca yang baik sejak beberapa hari lalu membantu proses pemulihan banjir dengan lebih cepat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini.
Walau bagaimanapun, tiga jalan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan iaitu Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan GSA Chamek serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bah Johor: Seramai 6,740 mangsa masih di PPSBah Johor: Seramai 6,740 mangsa masih di PPS
Read more »
Hanya Batu Pahat masih terjejas, 10,396 mangsa di 51 PPSHanya Batu Pahat masih terjejas, 10,396 mangsa di 51 PPS
Read more »
Bah kian pulih, hanya Batu Pahat masih 'termenung'Bah kian pulih, hanya Batu Pahat masih ‘termenung’
Read more »
Mangsa banjir Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang | The Malaysian Insight47 PPS yang menempatkan 2,475 keluarga masih beroperasi, setakat ini.
Read more »