Apa ada pada nama? FMTNews FMTBerita
Mungkin pihak pembangkang tidak memainkan peranan dengan betul dan berkesan sehingga Sultan Johor terpaksa menitahkan gelaran “pembangkang” ditukar kepada “pengimbang”. Atau mungkin baginda terpanggil untuk membuat perubahan itu sebelum ada Ahli Dewan Undangan Negeri di pihak bukan kerajaan di Johor tidak berperanan betul?
Dalam sistem parlimen di seluruh dunia termasuk sistem Westminster yang dicontohi Malaysia, pihak bukan kerajaan sememangnya digelar “pembangkang” atau “opposition” lantas “pembangkang” di Malaysia seperti di negara lain istilah yang digunakan untuk menggambarkan parti politik yang diwakili di dalam Parlimen, yang tidak membentuk kerajaan sama ada bersendirian atau pun gabungan.
Gelaran itu diguna sejak berzaman di setiap negara di dunia ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Rata-rata mereka tahu apa yang perlu, mesti serta wajib mereka lakukan sebagai pembangkang. ‘Mereka’ termasuk pembangkang di negara ini. Mereka tahu mengenai peranan memantau serta melakukan periksa dan imbang. Mereka bukan bodoh cuma akhir-akhir ini agak ramai ahli pembangkang yang kerjanya hanya membangkang dan menghentam kerajaan meskipun kadang kala tersasar.
Penganalisis politik Sivamurugan Pandian bersetuju dengan penggunaan istilah “pengimbang”, malah beliau menyarankan DUN lain dan juga Parlimen turut menamakan pembangkang sebagai pengimbang. Ini katanya untuk membuat peranan pembangkang lebih positif supaya mereka memainkan peranan “check and balance” lebih berkesan. “Bukan sekadar membangkang dan membantah apa juga langkah pihak yang memerintah,” kata Siva.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bincang dengan kami sebelum laksana cukai vape, kata pengusaha | The Malaysian InsightBincang dengan kami sebelum laksana cukai vape, kata pengusaha
Read more »
Restoran Nasi Dagang Atas Tol saji 4,000 hidangan percumaProgram yang memasuki tahun keempat bertujuan meraikan kesetiaan pelanggan mereka selama ini.
Read more »
BRJohorNiaga sedia RM100 juta bantu PMKS terjejas banjirProgram pembiayaan itu menyediakan peruntukan sehingga RM100 juta bagi membantu memulihkan perniagaan mereka yang terjejas.
Read more »
Kes tuntutan palsu lebih RM2.5 juta, 5 direman bantu siasatanMereka ditahan semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Read more »
Fomca lega MyCC akhirnya akui Touch 'n Go nikmati monopoli | The Malaysian InsightMereka juga gembira MyCC akhirnya memihak kepada rakyat, walaupun hanya selepas campur tangan perdana menteri.
Read more »