Anwar di Arab Saudi – ada ahlan wa sahlan ke? FMTNews FMTBerita
Tak payah jadi pakar politik atau pun ahli nujum untuk tahu hal Anwar Ibrahim tidak bertemu Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohammed Salman semasa lawatan ke Arab Saudi baru-baru ini akan dijadikan bahan kempen pembangkang apabila beberapa PRN diadakan tidak lama lagi. Malah Perikatan Nasional sudah pun memukul canang. Bertanya itu dan ini yang telah dan sedang mendapat liputan media.
Seperti dikatakan tadi tak payah jadi ahli sains politik untuk menjangka semasa kempen PRN terutama di Selangor dan Negeri Sembilan, pengundi Melayu akan antara lain diberitahu bahawa Anwar yang dikatakan pemimpin dihormati di pentas antarabangsa terutama dunia Islam ‘tidak mendapat sambutan’ di negara Islam terunggul, Arab Saudi. Tidak perlu diragui taktik itu akan digunakan juga di negeri majoriti Melayu diperintah PAS – Kedah, Terengganu, dan Kelantan.
Raja Salman dan Mohammed tidak bertemu Anwar adalah fakta. Tetapi Anwar melawat Arab Saudi atas undangan rasmi kerajaan Saudi. Ertinya Raja Salman serta Mohammed. Ini juga fakta. Menurut laporan pertemuan tidak dapat diadakan kerana raja dan puteranya mengubah jadual mereka menjelang Ramadan. Maknanya pertemuan sememangnya dirancang terlebih dahulu. Jika tidak masakan Anwar dijemput datang.
Namun jika anda bukan peminat Anwar, anda boleh membuat sangkaan bahawa kedua-dua pemimpin Arab tidak akan mengubah jadual mereka jika benar-benar mahu bertemu Anwar. Bagaimanapun seperti dikatakan tadi kita tidak tahu dan tidak berhak tahu mengapa jadual mereka diubah.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Arab Saudi, negara utama Timur Tengah, kata Anwar | The Malaysian InsightPerdana menteri berkata hubungan Malaysia dengan Arab Saudi masih terjalin begitu baik.
Read more »
Henti politikkan lawatan rasmi PM ke Arab Saudi, setpol Anwar tegur pembangkangAhmad Farhan Fauzi yang menyertai delegasi ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac itu berkata lawatan rasmi tiga hari berkenaan ‘sangat berhasil’.
Read more »
Jadual padat, Anwar terpaksa tolak lanjutkan lawatan di Arab Saudi“Pihak kerajaan Arab Saudi telah meminta untuk lawatan ke Arab Saudi dilanjutkan bagi menyusun pertemuan dengan pimpinan...
Read more »
Arab Saudi minta Anwar lanjut tempoh lawatan, kata setiausaha politik PM | The Malaysian InsightBagaimanapun ia terpaksa ditolak secara baik kerana PM dijadualkan hadir ke majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong.
Read more »
PM Anwar: Saudi business community’s interest to invest sign of Malaysia’s political stabilityJEDDAH, March 25 — The Saudi Arabian business community’s interest to invest in Malaysia is a testament to the political stability in Malaysia, said Prime Minister Datuk Seri...
Read more »