GUA MUSANG: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Gua Musang cedera parah selepas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 15.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 3.40 petang, mangsa Anuar Shamsudin, 39, mengalami kecederaan parah di kepala sementara penumpang hadapan yang merupakan seorang doktor Hospital Gua Musang, Dr. Al-Farouq Azmi Nazmi, 28, patah tangan kiri, jari kiri dan luka di muka.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati ambulans terbabit dalam perjalanan dari arah Hospital Kuala Krai menghala ke Hospital Gua Musang selepas menghantar pesakit. “Ekoran itu tayar ambulans tersebut telah terjatuh ke bahu jalan menyebabkan mangsa tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan dan melanggar tiang elektrik.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Peniaga bazar Ramadan di Gua Musang patuh arahan-KPDNGUA MUSANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati semua peniaga bazar Ramadan di jajahan ini mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan tidak mengambil untung berlebihan ke atas pengguna, semalam.
Read more »
Three, including doctor and nurse, hurt in crash involving ambulanceGUA MUSANG: A doctor and a nurse were among three people injured after the ambulance they were in crashed at KM15.5 of Jalan Gua Musang-Kuala Krai here Thursday (March 30).
Read more »
RELA, APM, sukarelawan polis, bomba turut terima bantuan khas AidilfitriBantuan Khas Kewangan Aidilfitri turut akan diberikan kepada lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba.
Read more »
Isu Aukus, kesihatan mental anggota polis antara tumpuan tumpuan Dewan Rakyat hari ini | The Malaysian InsightIa berkaitan kesan pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Read more »