Irdiena Hakim ketika ditemui berkata, dia membuat permohonan itu selepas bapa tirinya selaku defendan, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, tidak membenarkannya berjumpa adik bongsunya itu.
Tuntutan itu dibuat oleh tiga plaintif iaitu Irdiena Hakim Jasman, 20, bersama neneknya, Khatijah Mirdin, 71, dan ibu saudara, Faradila Rohban Ahmadn, 36.
Mereka membuat tuntutan hadanah untuk hak lawatan, bermesra dan bermalam terhadap Qaseh Khadija Ahmad Shahrizal, 10, yang merupakan adik tiri kepada Irdiena Hakim. Menurutnya, dia tidak bertemu dengan Qaseh Khadija sejak empat tahun lalu selepas kematian ibunya, Faziani Rohban Ahmad yang merupakan pengasas Dnars Skincare.
“Dengan permohonan hadanah ini, saya berharap keputusan dapat dibuat oleh Qaseh Khadija melalui pihak mahkamah. Jika dia mahu tinggal bersama kami, saya sangat bersyukur,” katanya. Faziani dan Ahmad Shah terlibat kemalangan apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima yang dinaiki mereka terbabit nahas jalan raya semasa menuju ke beberapa pondok agama di Pattani, Thailand kira-kira empat tahun lalu. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Anak kedua Dnars fail tuntutan hadanahKOTA BHARU: Anak kedua kepada pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare memfailkan tuntutan hak penjagaan (hadanah) adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas tidak dibenarkan untuk bertemu dengan kanak-kanak itu sejak empat tahun lalu.
Read more »
14 pengemis, gelandangan ditahan di pusat bandar Kota Bharu14 pengemis, gelandangan ditahan di pusat bandar Kota Bharu. kotabharu
Read more »
‘Adik saya bukan pendera, sangat sayang anak-anak’Wanita yang ditahan kerana disyaki mendera tiga orang anaknya disifatkan sebagai seorang yang penyayang walaupun anak-anaknya termasuk dua orang kurang upaya (OKU) cukup nakal.
Read more »
Royale Chulan rai 70 anak yatim, veteran ATMRoyale Chulan Damansara mengambil keberkatan Ramadan dengan menghimpunkan anak-anak yatim, veteran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama selebriti dalam majlis berbuka puasa.
Read more »