Kesepakatan dan amalan pertanian betul seperti Projek Smart Sawah Berskala Besar Mini Sekinchan Mada dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap beras import.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata hasil padi paling tinggi adalah di Sekinchan apabila memperoleh sehingga 12 tan bagi setiap hektar.
“Ini merupakan satu daripada usaha awal kerajaan sebelum projek pengairan baharu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda melibatkan prasarana bernilai RM3 bilion dilaksana bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi kepada lima musim dalam tempoh dua tahun,” katanya. Mohamad berkata, beliau dapat melihat sendiri bahawa projek tersebut berjaya membuahkan hasil apabila padi di kampung Lat 1000 mengeluarkan isi buah penuh dan berkualiti.
Beliau berkata, usaha segera perlu dilakukan bagi memastikan bekalan beras negara sentiasa mencukupi dan ini yang sedang dilakukan oleh kerajaan serta dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan petani.