KUALA LUMPUR: Pindaan bagi Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah atau Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) bagi membanteras jenayah penip...
Pindaan bagi Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah atau Kanun Prosedur Jenayah bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian berkaitan akaun keldai, dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pindaan itu melibatkan pewujudan kesalahan baharu berkaitan tindakan kepada pihak yang membenarkan akaun bank digunakan orang lain tanpa kuasa dan tujuan yang sah. Beliau berkata selain itu pindaan berkenaan akan memberikan kuasa kepada pegawai penyiasat untuk menyita akaun bank yang disyaki terlibat dengan jenayah penipuan dalam talian.
“Pindaan itu dibuat berikutan undang-undang sedia ada tidak memperuntukkan sebarang kesalahan kepada pemilik akaun bank yang membenarkan akaun mereka digunakan orang lain bagi tujuan tidak sah dan menyukarkan polis untuk menyekat pergerakan wang mangsa yang disalurkan akaun tersebut . “Akibat kelompongan ini dan keperluan mendesak bagi melindungi rakyat, kerajaan sedang pertimbangkan cadangan pindaan Akta 574 dan Akta 593...kedua-dua cadangan pindaan ini dijangka akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini selepas memperoleh pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya pada Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia adaKUALA LUMPUR: Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menj...
Read more »
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 dibentang pada sesi parlimen iniKUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan pindaan terhadap 29 fasal dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi m...
Read more »
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADKNIBONG TEBAL: Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, yang diharap dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini, akan mengang...
Read more »
Draf pindaan akta 50 dikemuka kepada AGC untuk semakanBALIK PULAU: Draf Rang Undang-undang pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bagi menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan ke...
Read more »
KKM bentang RUU pindaan Akta 50 pada sesi Parlimen kali iniKKM komited untuk memastikan draf Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dapat dibentang secepat mungkin
Read more »
Mesyuarat jawatankuasa khas setuju cadangan pindaan akta penagih dadahKUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Membincangkan Cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 hari ini bersetuju denga...
Read more »