Ahmad Zahid digesa letak jawatan Pengerusi BN BERITA NASIONAL Politik TERKINI jawatan
KUALA TERENGGANU: Pengerusi Barisan Nasional , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi digesa meletak jawatan selepas parti itu menunjukkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri , semalam.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh berkata, Presiden UMNO itu perlu bertanggungjawab atas keputusan BN di enam buah negeri itu. “UMNO kalah teruk di PRN semalam, UMNO kalah 100 peratus di Terengganu, Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” tulis bekas Menteri Besar Terengganu itu di Facebook miliknya hari ini.
Dalam PRN di enam buah negeri semalam, BN mencatat prestasi terburuk dalam sejarah selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi. Daripada jumlah itu, sebanyak 13 kerusi adalah di Negeri Sembilan, empat di Selangor dan masing-masing satu kerusi di Pulau Pinang dan Kedah.Selain itu, BN juga kehilangan 10 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 menyebabkan Perikatan Nasional menyapu bersih 32 kerusi DUN di Terengganu. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pengerusi BN Terengganu Ahmad Said tumbang di Kijal | The Malaysian InsightKetua Penerangan Bersatu Razali Idris menang dengan 13,172 undi mengatasi Ahmad yang mendapat 9,552 undi.
Read more »
Ahmad Zahid minta pantau aktiviti ‘sedekah politik’Berdasarkan pengalaman lalu ketika PRU15, berkemungkinan terdapat pihak yang dipercayai menggunakan pendekatan sama untuk meraih undi
Read more »
Ahmad Zahid tiba WTC, ikuti perkembangan PRNTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di pekarangan Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini
Read more »
Ahmad Zahid: With the state polls over, time to unite for the prosperity of all MalaysiansKUALA LUMPUR, Aug 13 — Following the end of elections involving six states, Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Ahmad Zahid Hamidi called on all parties to work towards the...
Read more »