AGC akan bantah permohonan Bersatu supaya 4 kerusi Parlimen Sabah dikosongkan
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili AGC berkata pihaknya akan membuat bantahan tersebut pada pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman 29 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Amarjeet Singh.
“Tarikh pendengaran tersebut telah ditetapkan pada pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini,” katanya ketika dihubungi.Permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee dan Muhammad Suhaimi Yahya selaku pegawai awam pertubuhan parti itu pada 17 April lepas.
Parti itu yang bertindak sebagai pemohon menamakan Johari serta empat Ahli Parlimen terlibat iaitu Armizan Mohd Ali , Khairul Firdaus Akbar Khan , Jonathan Yasin dan Matbali Musah sebagai responden pertama hingga kelima. Dalam permohonan itu, parti berkenaan memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Jan lepas yang menyatakan responden kedua hingga kelima telah memberi penjelasan dan mengesahkan bahawa tiada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah dan Perlembagaan Bersatu.
Bersatu juga memohon satu deklarasi bahawa empat ahli Parlimen itu berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi semua kerusi Parlimen berkenaan. – Bernama, 1 Jun, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
AGC to oppose Bersatu's bid to get four parliamentary seats vacated in SabahKUALA LUMPUR, June 1 ― The Attorney General’s Chambers (AGC) will raise an objection against Bersatu’s application for leave to initiate a judicial review against Dewan...
Read more »
AGC to object against legal bid to vacate 4 Sabah parliamentary seats‘We object on grounds the issue is not amenable to judicial review.’
Read more »
Sabah should rethink need for appointed assemblymen, says Sabah Law SocietyKOTA KINABALU: Sabah should re-evaluate the need to appoint six nominated assemblymen, says Sabah Law Society president Roger Chin.
Read more »
Crackhouse Comedy Club owner bids again to quash charges | The Malaysian InsightCrackhouse Comedy Club owner bids again to quash charges
Read more »
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Segamat didengar 28 Julai | The Malaysian InsightRamasamy yang juga Bendahari MIC bertanding sebagai calon Barisan Nasional bagi kawasan parlimen Segamat pada PRU15.
Read more »